Kebaikan Berenang Untuk Kesihatan


Apakah kebaikan berenang ?

 

 Tahukah anda bahawa berenang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga baik untuk kesihatan tubuh badan anda juga. Berenang juga dapat mengembalikan kesegaran tubuh badan anda yang lesu dan juga keletihan akibat daripada kesibukkan kerja harian. Jadi, tanpa membazirkan masa lagi jum kita lihat apakah kebaikan berenang untuk kesihatan tubuh badan anda.

Antara 6 kebaikan berenang adalah seperti berikut :

1. Meningkatkan kesihatan jantung
  Melakukan senaman ringan setiap hari selama 30 minit seperti berenang  boleh menurunkan penyakit jantung koronori sebanyak 30 sehingga 40 peratus. Selain itu, berenang juga boleh meningkatkan prestasi organ-organ jantung lebih optimum.

2. Menurunkan berat badan
    Berenang adalah sukan yang terbaik untuk membakar kalori berlebihan di dalam badan. Oleh itu, bagi sesiapa yang ingin menurunkan berat badan anda digalakkan untuk berenang.

3. Otot dan sendi yang sihat
    Berenang dengan pantas dan beritma yang teratur akan meningkatkan ketahanan kardio, kekuatan dan ketahanan otot badan.

4. Meningkatkan kolestrol yang baik
   Berenang dapat meningkatkan jumlah kolestrol yang baik di dalam badan dan dalam pada masa yang sama dapat mengurangkan jumlah kolestrol yang jahat di dalam badan.
    
5. Mengurangkan risiko diebetes
    Bagi mencegahkan atau mengurangkan risiko diabetes di dalam badan anda dengan lebih berkesan berenang adalah penyelesaian yang terbaik. Berenang selama 30 minit setiap hari selama tiga kali dalam seminggu mampu membakar lebih kurang 900 kalori pada tubuh. 

6. Menurunkan tahap stress
    Berenang dapat mewujudkan suasana yang harmoni  dan tenang yang dapat meningkatkan hormon endorphin iaitu hormon yang berkaitan dengan kegembiraan dan keseronokkan dalam fikiran anda. Kesannya, tekanan atau stress dapat diturunkan dengan mudah.


Kesimpulannya, berenang mempunyai banyak kesan kebaikan dalam diri seseorang. Jadi, jangan jadikan alasan lain untuk mempunyai gaya hidup yang sihat. 

Sekian ini sahaja daripada saya.
Terima kasih. 


Comments

Popular Posts