Lemon Untuk Kecantikkan




Kebaikan buah lemon untuk kesihatan kulit


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

        Kecantikkan sangat sinonim dengan buah lemon.Buah lemon dapat merawat pelbagai masalah kesihatan kulit anda.Buah lemon banyak digunakan dalam menghasilkan produk kecantikkan malah dalam menghasilkan supplemen kesihatan juga.Buah lemon diguna pakai di serata dunia untuk pelbagai kegunaan sendiri.Jom kita lihat antara kebaikan buah lemon untuk kulit.

1. Buah lemon sebagai alat semulajadi untuk putihkan kulit


Buah lemon tinggi dengan vitamin C yang berfungsi untuk mencerahkan kulit anda.Apa yang perlu anda lakukan adalah hanya memerah 1 sudu besar jus lemon dan campurkan dengan 2 titis madu serta 1 sudu kecil air sejuk.Kemudian, sapukan campuran tersebut pada wajah anda yang telah dibersihkan setiap 2 kali seminggu untuk hasil yang mengagumkan.


2. Buah lemon dapat menghilangkan jerawat pada kulit
    

Buah lemon berfungsi sebagai alat yang dapat mengecutkan jerawat di kulit.Bukan setakat itu sahaja malah lemon dapat menghilangkan bekas jerawat dan mencerahkan kembali wajah anda.Caranya adalah dengan ambil jus lemon dan campurkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat. Kemudian celupkan cotton ke ramuan tadi dan sapukan pada muka anda.


3. Buah lemon dapat mengawal minyak pada wajah
  


Kulit berminyak dapat menimbulkan pelbagai masalah kulit contohnya seperti jerawat.Untuk merawat masalah kulit berminyak lemon adalah penyelesaiannya.Lemon berfungsi untuk memisahkan minyak daripada kulit muka.Caranya amat mudah sekali iaitu ambil sehiris buah lemon kemudian sapukan pada seluruh wajah yang telah diwapkan dengan air panas.Biarkan sehingga kering kemudian bilas.

4. Buah lemon dapat mengecilkan pori-pori


 Pori-pori yang besar pada wajah akan akan menyebabkan berlakunya bintik hitam pada                    wajah.Untuk mengatasinya, ambil sebiji buah lemon dan sejukkan dalam peti ais selama semalaman.Cuci wajah hingga bersih, kemudian hiris nipis buah lemon tersebut dan letakkan pada kawasan pori-pori yang terbuka.Sebelum itu,ambil ketul ais dan sapukan pada seluruh wajah selama 10 minit sahaja.Lakukan 3 kali seminggu untuk kesan yang lebih baik.

5. Buah lemon dapat melembabkan wajah


Buah lemon dapat dijadikan pelembap semulajadi pada wajah yang kering.Vitamin yang ada pada lemon akan menyerap masuk ke dalam kulit  sehingga kulit akan terasa lebih halus.Caranya adalah dengan mencampurkan jus lemon, buah timun yang telah disagat dan juga buah aprikot yang telah dihancurkan.Kemudian, sapukan ramuan tersebut pada wajah yang telah dibersihkan.Biarkan selama 25 minit.Akhirnya, bilas dengan air sejuk.



Dengan menggunakan sebiji buah lemon pelbagai perkara anda dapat lakukan untuk mencantikkan wajah anda.Bukan sahaja dapat menjimatkan wang malah kandungannya yang natural bebas dari bahan kimia nampaknya amat bagus untuk keselamatan kulit untuk jangka masa yang panjang.

Cubalah sendiri di rumah.Mudah dan selamat.

Jumpa lagi.








Comments

Popular Posts