APLIKASI KOMPUTER

     
          APLIKASI KOMPUTER YANG SAYA PELAJARI DAN BAHAN YANG TERDAPAT                                                                 DI  DALAM INTERNET


        Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, ini adalah kali pertama buat saya dalam penulisan blog.Jadi pergi kepada topik utama kita untuk hari ini adalah tentang apa yang saya dapat pelajari tentang aplikasi komputer dan apa bahan yang terdapat di dalam internet.Okey kita mulakan dengan aplikasi komputer.Pertama sekali, mesti ramai yang tertanya-tanya kan apa itu aplikasi komputer.Untuk pengetahuan semua, aplikasi komputer adalah sebuah program komputer  yang telah diciptakan dalam suatu bahasa pemprogramman  dan digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah tertentu.

         Sudah tahu maksudnya mestilah ingin tahu apa pula fungsi aplikasi komputer paling utama kan.Antara fungsi aplikasi komputer yang patut anda tahu adalah sebagai sebuah produk, yang mana software mampu mengantarkan potensi perhitungan yang dibangunkan oleh software komputer.Fungsi yang kedua pula adalah sebagai pengawal pembuatan sebuah produk.Dengan kata lain peranannya sebagai pengawal yang dipakai untuk mengantarkan produk, software berlaku sebagai dasar untuk mengawal komputer, komunikasi informasi, dan penciptaan serta pengawal dari program-program lain.Selain itu, software adalah sebuah transformer informasi yang menghasilkan,mengatur,memperoleh, memodifikasi, menampilkan dan memancarkan informasi.

        Untuk yang tertanya-tanya apakah bahan yang wajib ada di dalam komputer, sini jawapannya! Tiga bahan utama yang terdapat di dalam komputer adalah seperti berikut beserta fungsinya.

  1. Microsoft Office Word                                                                                                                    Aplikasi ini telah diterbitkan pada tahun 1983 dengan pelbagai versi dan versi yang terkini adalah Word 2016.Terdapat pelbagai fungsi microsoft office word iaitu antaranya adalah menulis buku, artikel, atau jurnal dan lain-lain lagi.                                                                                    
  2. Microsoft Office PowerPoint                                                                                                           Kebiasaannya microsoft office powerpoint digunakan untuk melakukan persembahan bahan di dalam komputer.Microsoft office powerpoint digunakan secara meluas oleh pelajar, pekerja pejabat dan juga pensyarah dalam menyampaikan bahan bertaip kepada umum.                           
  3. Microsoft Office Excel                                                                                                                    Aplikasi ini banyak digunakan oleh akauntan kerana ianya melibatkan pengolahan angka.Aplikasi ini memudahkan kerja untuk menambah, menolak, bahagi, darab dan lain-lain lagi.

       



1.1 Contoh bahan yang terdapat di dalam komputer




       Beralih kepada topik kedua kita adalah apa bahan yang terdapat di dalam internet.Pertama sekali, anda tahu maksud internet? Internet adalah singkatan bagi internetnetwork.Internet merupakan  gabungan rangkaian komputer seluruh dunia yang menggunakan Protokol Internet.Antara kegunaan internet adalah untuk berkomunikasi dan berkongsi maklumat.Akses ke internet memerlukan pengguna melanggan perkhidmatan internet.Pembekal perkhidmatan internet menyediakan capaian internet kepada pengguna.Antara pembekal internet yang terdapat di Malaysia adalah Maxis, Celcom dan juga Digi.

      Dengan kemudahan internet pelbagai perkara dapat dilakukan seperti  untuk mendengar lagu, anda boleh membuat carian kepada Youtube.Youtube menyediakan pelbagai jenis lagu daripada semua jenis negara iaitu Malaysia, Jepun, Korea dan juga negara Barat.Bukan sahaja untuk mendengar lagu, tetapi Youtube juga berfungsi sebagai medium pengajaran dan pembelajaran, berita, klip rancangan televisyen, filem pendek dan dokumentari, treler filem, dan kandungan lain seperti blog video.Selain itu, anda juga boleh melihat pelbagai video di Youtube sebagai contoh tutorial make up, cara memakai selendang, atau video cara memasak.Youtube amatlah bermanfaat kepada pengguna pada masa kini kerana anda tidak perlu mengeluarkan wang dan  dapat menjimatkan masa untuk membuat sesuatu perkara contohnya seperti melihat video cara memasak di Youtube di rumah hanya dengan menggunakan laptop atau komputer dan juga tablet serta telefon pintar berbanding menyertai kelas memasak di luar.




1.2 Aplikasi You Tube


Sejarah penubuhan You Tube :

      You Tube telah dicipta pada Februari 2005 oleh Steve Chen, Chad Hurley, dan juga Jawed Karim.Pada November 2006, You Tube telah dibeli oleh Google pada harga AS$ 1.65 billion dan kini You Tube telah beroperasi sebagai salah satu anak syarikat Google.Pada Disember 2016, tapak web ini disenaraikan sebagai tapak kedua paling popular di Alexa internet, syarikat analisis lalu lintas web. 

     Fuhh selesai sudah cerita tentang aplikasi komputer serta bahan yang terdapat di dalam internet.Moga perkongsian ini membawa manfaat kepada kita semua.Jangan segan silu untuk memberi pendapat anda di ruangan komen di bawah.Jumpa lagi.





























































.

Comments

Popular Posts