KISAHKU DI UKM

KISAHKU DI UKM


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

   Harini saya nak kongsikan kisah hidup saya di UKM.Nak cakap best ada lah juga bahagian yang tak seronok dekat UKM ni.Tapi tak seronok lah kalau bermula dengan perkara yang tak begitu mengujakan kan jadi saya akan bermula dengan apa yang best di UKM ni.

   Perkara yang paling best bagi saya adalah jarak kolej dengan fakulti saya yang amat dekat.Mesti awak tertanya-tanya apa yang bestnya kolej dekat dengan fakulti.Ok, pertama sekali adalah awak tak perlu bergegas setiap awal pagi untuk bersiap pergi ke kelas sebab kalau berjalan kaki dengan perlahan pon masih boleh sampai awal ke kelas.Melalui pengalaman saya, perjalanan dari kolej untuk ke kelas hanya mengambil masa sebanyak 4 minit sahaja.Jalan kaki tau.Tahu tak kolej apa tu?Mestilah Kolej Aminuddin Baki dan saya pula belajar di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan.Kawan-kawan saya yang lain selalu cemburu dengan saya disebabkan kolej mereka yang jauh dari fakulti contohnya Kolej Keris Mas.Mereka perlu menunggu bas setiap kali mahu pergi ke kelas.Penat kan.Lagi-lagi kalau terbangun lewat untuk ke kelas, terpaksalah menunggu bas yang setiap 30 minit akan datang.Jika malas nak tunggu lama terpaksa lah menempah Grab atau Uber .Terbang duit.Satu lagi keistimewaan Kolej Aminuddin Baki ini adalah terletak begitu strategik di dalam UKM.Keistimewaan itu adalah dekat dengan semua kemudahan yang terdapat di dalam UKM ni.Kolej saya terletak dekat dengan perpustakaan iaitu Perpustakaan Tun Seri Lanang iaitu perpustakaan yang mempunyai koleksi buku yang terbesar di asia tenggara tau.Bukan biasa-biasa tu.Bukan sahaja dekat dengan perpustakaan malah dekat juga dengan Pusanika.Di Pusanika terdapat tempat makan, bilik persatuan anak negeri, CIMB Bank, atm, kedai buku, tempat untuk print, kedai yang menjual baju dan tudung dan banyak lagi kemudahan yang lain.Kalau ada masa lapang cuba lah datang Pusanika confirm tak menyesal.





Inilah Kolej Aminuddin Baki aka Kab


Ini adalah Perpustakaan Tun Seri Lanang aka PTSL



Datang lah ke Pusanika aka Pusan



   Sekarang ni saya nak bercerita tentang cabaran dan dugaan dalam menuntut ilmu.Betul apa yang orang cakap budak-budak sekolah dan tak kurang juga budak matrik banyak yang disuap oleh cikgu.Cara belajar dekat universiti ni banyaklah sangat berbeza daripada belajar dekat sekolah atau matrik dulu.Mesti tertanya-tanya apa yang tak samanya.Okey ini jawapannya.Pertama, masa dekat sekolah atau matrik dulu cikgu akan mengajar satu persatu sehingga anak murid faham manakala di universiti jangan haraplah profesor nak ulang-ulang mengajar kalau kau seorang je yang tak faham-faham sebab prof ada banyak lagi kerja lain yang nak dibuat.Tugas prof ni tak sama macam cikgu sekolah atau pensyarah time dekat matrik dulu tau.Nak tahu tak yang tugas prof untuk mengajar hanya 30 %  dan 70 % untuk menbuat research manakala tugas cikgu dan pensyarah untuk mengajar adalah 100 %.Jadi, kau dah nampak perbezaannya.Banyak sangat kan.Oleh itu, sehari sebelum kelas kau study dulu supaya tak blur masa dalam kelas nanti.Jadi kalau ada benda yang tak faham bolehlah nak tanya soalan.Jangan malu-malu nak angkat tangan sebab bukan kau seorang je yang tak faham orang lain pun mungkin tak faham juga tapi malas nak tanya.


   Perkara yang kedua pula adalah sangatlah susah kalau nak jumpa profesor untuk hal-hal yang tertentu contohnya kalau ada nak tanya soalan yang tak faham.Sebab tu lah cepat-cepat angkat tangan tanya dalam kelas je senang.Sebelum nak jumpa prof tu, jangan lupa hantar emel or mesej untuk buat temu janji jangan terus serbu je ke bilik prof.Perbezaannya kalau dekat sekolah atau matrik dulu kalau nak jumpa cikgu atau pensyarah boleh je pergi jumpa waktu pagi,waktu rehat atau waktu sekolah tamat jadi jangan nak mengada-ngada cakap susah nak jumpa cikgu atau pensyarah sebab dekat universiti lagi lah susah.Sebelum terlupa, time dekat sekolah dulu boleh kan tanya satu-satu soalan kenapa jawapan yang ini kenapa bukan yang itu kenapa kenapa dan of course cikgu akan terang satu-persatu.Mudahnya hidup.Jangan harap perkara ini akan berlaku di universiti.Kau hanya akan dibenarkan tanya soalan yang betul-betul tak faham sahaja.Prof tak akan ajar kau semula dari start kau tak faham sampailah ke akhirnya sebab macam yang aku cakap dia ada banyak lagi kerja lain yang harus disiapkan and hanya 30 % tugas untuk mengajar tau.Lepastu, untuk setiap tugasan yang diberi oleh prof ikut kau lah nak buat atau tak sebab tak ada siapa yang akan paksa kau untuk buat tak macam dekat sekolah kalau tak siap mesti kena denda kan.Tapi jangan best sangat sebab tak ada orang paksa kau buat tugasan sebab setiap tugasan yang dibuat tu ada markah tau.Kalau tak buat diri sendiri yang rugi nanti.Jangan nak menyesal pulak kalau gred cgpa tak cantik nanti.Kesian tau dekat mak ayah yang hantar kau pergi belajar tinggi-tinggi kalau kau sebenarnya nak main-main je.Baik pergi taman permainan je.




Bilik kuliah kalau dekat universiti 



   Akhir kata , alang- alang dah dapat masuk UKM ni harap-harap dapat timba pelbagai ilmu dan pengalaman yang best.Harapan yang utama mestilah nak dapatkan cgpa yang baik kan.Apabila dapat gred yang baik sudah semestinya kerja pon mudah nak dapat nanti.InsyaAllahSetiap usaha pasti ada hasilnya.Baii, jumpa lagi ye.




Salam maju jaya 









Comments

  1. ArenaDomino Partner Terbaik Untuk Permainan Kartu Anda!
    Halo Bos! Selamat Datang di ( arenakartu.org )
    Arenadomino Situs Judi online terpercaya | Dominoqq | Poker online
    Daftar Arenadomino, Link Alternatif Arenadomino Agen Poker dan Domino Judi Online Terpercaya Di Asia
    Daftar Dan Mainkan Sekarang Juga 1 ID Untuk Semua Game
    ArenaDomino Merupakan Salah Satu Situs Terbesar Yang Menyediakan 9 Permainan Judi Online Seperti Domino Online Poker Indonesia,AduQQ & Masih Banyak Lain nya,Disini Anda Akan Nyaman Bermain :)

    Game Terbaru : Perang Baccarat !!!

    Promo :
    - Bonus Rollingan 0,5%, Setiap Senin
    - Bonus Referral 20% (10%+10%), Seumur Hidup


    Wa :+855964967353
    Line : arena_01
    WeChat : arenadomino
    Yahoo! : arenadomino

    Situs Login : arenakartu.org

    Kini Hadir Deposit via Pulsa Telkomsel ( Online 24 Jam )
    Min. DEPO & WD Rp 20.000,-

    INFO PENTING !!!
    Untuk Kenyamanan Deposit, SANGAT DISARANKAN Untuk Melihat Kembali Rekening Kami Yang Aktif Sebelum Melakukan DEPOSIT di Menu SETOR DANA.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts