Sejarah Pembinaan Menara Berkembar Petronas

 Sejarah Penubuhan Menara Berkembar Yang Perlu Anda Ketahui


Assalamualikum dan salam sejahtera,

Pernahkah ada tahu siapa yang mereka dan juga membina menara berkembar Petronas?  Jika anda tidak ketahui mengenainya maka, anda perlu membaca maklumat yang akan saya sampaikan ini dengan ringkas dan padat.

Selamat membaca !

Menara Berkembar Petronas terletak di bandar Kuala Lumpur, Malaysia ialah sepasang menara berkembar yang dahulunya pernah menjadi bangunan yang tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj Khalifa dan Taipei 101. Walaupun begitu, menara berkembar ini masih lagi menjadi bangunan tertinggi di dunia  pada abad ke-20 ini. Kini, Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan        ke -11 tertinggi di dunia. Manara berkembar ini pernah pada suatu ketika dahulu memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 sehingga tahun 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama sehingga struktur teratas, iaitu merujuk ketinggian asli yang digunakan oleh pertubuhan antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar sejak tahun 1969. Menara berkembar ini merupakan mercu kebanggaan  dan ikon Kuala Lumpur, bersama-sama Menara Kuala Lumpur yang berdekatan.




Menara Petronas direka oleh seorang jurubina daripada Argentina yang dikenali sebagai Cesar Pelli. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1998 setelah mengambil masa sebanyak 7 tahun untuk siap dibina. Pada ketika itu, bangunan ini merupakan bangunan tertinggi di dunia. Menara ini dibina  di atas tapak lumba kuda Kuala Lumpur. Kedalaman tapak sedalam 120 meter itu memerlukan sejumlah konkrit yang banyak untuk dibina dan disiapkan dalam masa 12 bulan oleh Bachy Soletanche.

Menara setinggi 88 tingkat ini kebanyakkannya dibuat daripada konkrit bertualang dengan muka bangunan buatan keluli dan kaca yang direka untuk menyerupai motif kesenian Islam untuk mencerminkan Islam merupakan agama rasmi di Malaysia. Satu lagi pengaruh seni Islam di dalam bangunan ini adalah keratan rentas kedua-dua menara yang berbentuk Rub el Hizb, ditambah lagi dengan bahagian bundar untuk memenuhi keperluan ruang pejabat. Menara 1 dibina oleh konsortium Jepun yang dipimpin oleh Hazama Corporation manakala Menara 2 dibina oleh dua kontraktor Korea Selatan, iaitu Samsung C&T dan Kukdong Engineering & Construction. Jejantasnya pula disiapkan oleh Kukdong.

Setakat ini sahaja maklumat tentang sejarah penubuhan  Menara Berkembar Kuala Lumpur.Selamat membaca.

Comments

Popular Posts