Resepi Muffin Vanilla Yang Mudah

Jum Belajar Cara buat Muffin yang Mudah



      Untuk menyediakan muffin tidak banyak bahan yang diperlukan seperti membuat biskut. Bahan-bahan yang diperlukan amatlah simple dan mudah di cari di kedai runcit. Muffin boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja seperti sebagai bekal ke pejabat, untuk breakfast pon boleh ataupun sebagai supper. 

     Jika anda tidak mempunyai hand mixer atau stand mixer, tidak menjadi masalah kerana anda boleh gunakan spatula atau senduk sahaja. Masa penyediaan juga tidak memakan masa yang banyak. Setiap penyediaan muffin hanya mengambil masa sebanyak 30 minit sahaja. Mudah dan cepat kan.




Bahan-bahan yang diperlukan :
1. 150 gram butter
2. 130 gram gula
3. 150 gram tepung
4. 1 gram baking soda
5. 3 gram baking powder
6. 1 1/2 esen vanilla
7. 3 biji telu ( 143 gram )


Cara-cara penyediaan :
1. Satukan tepung, baking soda dan juga baking powder. Kemudian ayakkan.
2. Gaul dan pukul sehingga kembang butter dan juga gula.
3. Seterusnya, masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga rata.
4. Kaupkan tepung sehingga rata. Jangan terlebih gaul.
5. Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai.
6. Panaskan suhu ketuhar pada 160 darjah selama 17 minit kemudian masukkan adunan muffin pada      suhu 160 darjah selama 3 minit sahaja.

Selamat mencuba semua. 

Comments

Popular Posts