Sejarah Gunung Berapi Di Malaysia

Pernahkah Anda Tahu Bahawa Malaysia Pada Dahulunya Pernah Mempunyai Gunung Berapi?


Secara umumnya Malaysia terletak  di luar Lingkaran Api Pasifik.Fakta itu jelas menunjukkan bahawa tidak wujud gunung berapi yang aktif di negara ini. 



Aktiviti gunung berapi yang dikaitkan itu adalah beberapa siri kejadian gempa bumi di beberapa kawasan di Malaysia, antaranya adalah di Pahang, Kedah dan Sabah. Di samping itu,  ada pihak mempercayai beberapa kawasan pergunungan seperti Gunung Tahan dan Gunung Kinabalu mampu meledakkan lahar gunung berapinya semula, selepas mati berjuta tahun lalu disebabkan oleh perubahan geologi bumi.


Melalui pandangan pakar geologi dari Jabatan Geologi Universiti Malaya, Prof. Dr. Mustaffa Kamal Shuib, memang benar terdapat beberapa kawasan di Malaysia pernah mempunyai gunung berapi tetapi letusan itu berlaku ratusan juta tahun lalu. Justeru, apa yang tinggal hari ini adalah sisa gunung berapi yang telah lama mati.Katanya lagi, lokasi gunung berapi paling muda dan terakhir pernah meletus di negara ini dipercayai terletak di Kuantan, Pahang.“Sehingga hari ini, terdapat kesan batuan volkanik jenis basalt di pantai Batu Hitam, Kuantan, manakala punca kawah yang meletuskan lahar pula dipercayai terletak berdekatan pesisir pantai yang kini dikenali sebagai Damansara Kuantan,” katanya.


Beliau berkata, proses hakisan dan enapan yang memakan masa jutaan tahun menyebabkan kawah gunung berapi itu tidak lagi kelihatan.
Katanya, selain Kuantan, lokasi lain seperti Segamat (Johor), Gerik (Perak) dan Gua Musang (Kelantan) juga mempunyai batuan volkanik yang dipercayai hasil daripada letusan gunung berapi di kawasan terbabit.


Tetapi jangan risau kerana gunung berapi yang terdapat di Malaysia tidak boleh aktif semula kerana sudah berjuta tahun tidak aktif lagi.
Itu sahaja daripada saya, terima kasih kerana sudi membaca.







Comments

Popular Posts