Hobi Saya

HOBI ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 Harini  sis ada mood nak bercerita tentang hobi.Macam biasa sis akan beritahu maksud hobi dahulu.Mengikut kamus Bahasa Melayu, hobi bermaksud melakukan aktiviti kegemaran yang dilakukan pada waktu lapang.Adakah kakak-kakak dan abang-abang sekalian sudah faham?

Sebenarnya sis ada tiga hobi iaitu memasak,berenang dan juga melancong.Tetapi disebabkan sis masih belajar dan juga belum bekerja maka hobi sis untuk melancong amatlah jarang sis buat.Hobi yang paling utama sis suka buat adalah memasak.Sis ni tak lah pakar memasak sangat tetapi sis suka sangat cipta resepi sendiri.Antara masakkan yang sis telah cipta adalah bergedil ayam cara moden.Tahu tak sebab apa ada perkataan moden tu.Sebab sis salutkan bergedil dengan serbuk roti dan juga bahan-bahannya lain sedikit daripada bergedil yang sebenar.Sis ada tambahkan tomato,daun bawang, cili benggala dan juga sedikit rempah ratus rahsia heheh.Macam berkhasiat je kan bahan-bahan dalam bergedil sis.Maklum lah sis suka makan sayur-sayuran ni lagipun bagus untuk kesihatan dan juga kulit tau.Sis rasa happy and sangat berpuas hati tau kalau masakkan sis family sis makan and mereka puji sedap.Kembang gitu heheh.Sis juga suka masak spegeti carbonara sebab ini adalah favorite mama sis.Sis suka guna Prego kalau buat spegeti carbonara sebab mudah dan cepat.Just tambahkan ayam kisar, lada hitam, sedikit sayuran, susu cair dan juga daun bawang sebagai hiasan.Tapi walaupun sis suka memasak tetapi sis tak pandai buat kek tau.Selalu buat mesti tak jadi.Kekadang terlebih manis, kekadang tak manis, keras atau paling ngeri kek yang terkurang tepung so tak boleh makan langsung.Oleh sebab itu, mama sis amatlah melarang sis untuk membuat kek kerana membazir sebab keknya tak menjadi.Tapi sis boleh buat biskut tau.Sis pernah jual biskut time habis spm and dapat untung banyak juga lah.Time tu sis jual mini biskut chip chocolate.Sebungkus rm 4 murah kan.

Hobi kedua sis pulak berenang.Sis memang sangat-sangat suka berenang lagi-lagi kalau bercuti ada swimming pool dekat hotel.Wajib waktu pagi selepas breakfast sis dengan adik-beradik sis akan terjun ke dalam kolam renang.Dalam 2 jam juga lah sis habiskan masa untuk berenang.Tahu tak apa yang bestnya berenang ni.First, kalau tengah stress tu confirm  dapat hilangkan stress dengan berenang.Second, kalau nak kuruskan badan tu sesuai sangat berenang sebab time berenang semua otot akan bergerak tau.Mesti ramai yang tak tahu kan berenang sangat bagus untuk jantung.Jadi nak jantung yang sihat kerap-keraplah berenang tapi kalau tak nak berenang boleh je nak joging atau guna kaedah yang lain.Sis setiap kali habis berenang mesti kulit sunburn walaupun dah pakai cream sunburn.Tapi tak apa sis redho kulit gelap janji sis happy dapat berenang.

Untuk hobi melancong, sis tak pergi banyak tempat pon sebab tak cukup budget.Antara tempat yang sis pernah pergi adalah Krabi, Hatyai, Danok dan juga Patani.Semuanya adalah di Thailand disebabkan Thailand adalah paling dekat dengan  utara Malaysia.

Setakat ini sajalah cerita sis tentang hobi sis.Menarik atau tidak hehe.Macam mana pulak dengan hobi awak semua.Kongsilah sini.


Berenang sangat menyeronokkan .Cubalah!






Ehh baby ni pon suka memasak.







Tengok-tengoklah mana tahu teringin nak jelajah Thailand pulak lepas ini.











Comments

  1. ArenaDomino Partner Terbaik Untuk Permainan Kartu Anda!
    Halo Bos! Selamat Datang di ( arenakartu.org )
    Arenadomino Situs Judi online terpercaya | Dominoqq | Poker online
    Daftar Arenadomino, Link Alternatif Arenadomino Agen Poker dan Domino Judi Online Terpercaya Di Asia
    Daftar Dan Mainkan Sekarang Juga 1 ID Untuk Semua Game
    ArenaDomino Merupakan Salah Satu Situs Terbesar Yang Menyediakan 9 Permainan Judi Online Seperti Domino Online Poker Indonesia,AduQQ & Masih Banyak Lain nya,Disini Anda Akan Nyaman Bermain :)

    Game Terbaru : Perang Baccarat !!!

    Promo :
    - Bonus Rollingan 0,5%, Setiap Senin
    - Bonus Referral 20% (10%+10%), Seumur Hidup


    Wa :+855964967353
    Line : arena_01
    WeChat : arenadomino
    Yahoo! : arenadomino

    Situs Login : arenakartu.org

    Kini Hadir Deposit via Pulsa Telkomsel ( Online 24 Jam )
    Min. DEPO & WD Rp 20.000,-

    INFO PENTING !!!
    Untuk Kenyamanan Deposit, SANGAT DISARANKAN Untuk Melihat Kembali Rekening Kami Yang Aktif Sebelum Melakukan DEPOSIT di Menu SETOR DANA.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts