BISKUT CIP COKLAT


CARA-CARA BUAT BISKUT CIP COKLAT


      Assalamualaikum semua, siapa selalu isi masa lapang dengan membuat  biskut. Kalau ya, ini bermaksud kita sama. Harini, saya nak kongsi cara buat biskut yang paling mudah dan ringkas. Bahan-bahan yang akan saya gunakan juga adalah senang untuk didapati di kedai runcit dan juga murah. Masa untuk menyediakan biskut ini juga adalah begitu cepat sekali. Selain itu, biskut ini juga pasti akan menjadi kegemaran anda seisi keluarga tersayang. Okay, saya tidak mahu berbicara begitu panjang sekali dan jum belajar cara-cara membuat biskut cip coklat yang enak dan ranggup.


Bahan-bahan untuk menyediakan biskut coklat cip :
  • 250 gram butter
  • 300 gram gula perang
  • 380 gram tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil  baking powder
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 3 sudu kecil esen vanila
  • 300 gram coklat cip

Cara-cara menyediakan biskut coklat cip :
  1. Ayak tepung bersama baking soda dan juga baking powder. Ketepikan.
  2. Pukul butter bersama gula sehingga rata.
  3. Kemudian, masukkan telur dan juga esen vanila.
  4. Masukkan bahan kering yang telah diayak tadi perlahan-lahan sambil digaul rata.
  5. Akhirnya, masukkan cip coklat dan gaul sehingga sebati.
  6. Bakarkan di dalam oven pada suhu 160 darjah celcius selama 10 hingga 12 minit.
  7. Biarkan sejuk untuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.


Mudah kan cara untuk membuat biskut cip coklat ini. Masa raya nanti boleh lah buat bersama-sama ahli keluarga. Kalau nak buat jualan pon boleh. Mesti laku lah.



Ini lah biskut cip coklat yang menjadi kegemaran semua orang.



Seperti semua orang tahu biskut cip coklat amatlah mahal jika dibeli di kedai-kedai biskut. Walhal bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan biskut amatlah murah sekali. Jadi , tunggu apa lagi jum lah kita buat biskut sama-sama. Dijamin murah dan berbaloi.

Setakat ini sahaja perkongsian daripada saya. Terima kasih. Jumpa lagi. Assalamualaikum.






Comments

Popular Posts