ROOMMATES

CIRI - CIRI ROOMMATES YANG BAGUS 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Harini saya nak berkongsi ciri- ciri roommates yang bagus.Siapa yang pernah tinggal di asrama mungkin dah kenal bermacam- macam jenis perangai yang ada pada roommates ni.Ada yang bagus dan juga ada yang jenis pentingkan diri sendiri.Perkongsian ini juga dapat dijadikan tauladan kepada diri sendiri supaya dapat membaiki diri untuk menjadi seorang roommates yang lebih baik di masa hadapan.


Ciri - ciri roommates yang baik :

1. Tidak bising.Maksudnya, jika anda sedang solat bagi orang Islam tidak sepatutnya roommates kamu bising atau bercakap - cakap dengan kuat kerana itu akan menganggu konsentrasi semasa solat.Selain itu, hormati masa study kamu dengan tidak buat bising kerana setiap orang deserve ketenangan semasa study.Akhirnya, tidak bercakap - cakap semasa kamu mahu tidur.Jika nak bercakap juga silalah bercakap di luar bilik.





2. Sentiasa memberikan nasihat yang baik.Sebagai contoh, jika roommates kamu tidak solat tegurlah dengan baik supaya dia menunaikan solat.Selain itu, jika roommates kamu sedang down jangan pula pura -pura busy tetapi sentiasa lah memberikan kata- kata semangat kepadanya.





3. Bersih dan pengemas. Seminggu 4 kali sapu sampah jangan biarkan roommates kamu sahaja yang mengemas bilik. Berkerjasama lah mengemas bilik bersama - sama. Jangan tinggalkan makanan basi di dalam bilik lama-lama sebab kesian roommates yang tak bersalah kena bau makanan yang sudah membusuk tu.Tong sampah yang sudah penuh tu silalah buang jangan tunggu ditegur baru mahu buang yer.




4. Perihatin. Jika roommates kamu orang jauh manakala tempat tinggal kamu dekat dengan hostel jangan lah selalu pulang ke rumah. Kesian roommates jika selalu kena tinggal sorang- sorang di dalam bilik.Lagi - lagi kalau roommates kamu seorang yang penakut kesian dia.Jaga lah perasaan dia kerana mungkin dia juga merindui family yang jauh itu.Sekurang- kurangnya pulanglah 2 kali sebulan. Janganlah setiap minggu kamu pulang ke rumah.




5. Akhirnya, tolong semasa kesusahan. Contohnya jika roommates kamu tiada duit untuk membeli makanan, berikan duit kamu dulu untuk dipinjam. Dan orang yang meminjam jangan pula buat- buat lupa untuk ganti balik duit yang dipinjam itu ya.





Setakat itu sahaja perkongsian dari saya. Semoga bermanfaat.











Comments

Popular Posts