Cara Atasi Penyakit Darah Tinggi



Bagaimanakah Cara Untuk Menangani Penyakit Darah Tinggi ?



Bagi mereka yang tidak gemar untuk memakan ubat-ubatan yang diberi oleh doktor, anda boleh cuba amalkan 7 langkah ini bagi mengatasi penyakit darah tinggi. Cara ini adalah secara semula jadi, jadi adalah selamat untuk anda amalkannya.

Penyakit darah tinggi jika tidak dirawat boleh mengundang penyakit yang lain seperti serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan juga demensia. Jadi, jangan tunggu lama-lama, jum amalkan cara yang berikut.

1. Menurunkan berat badan.

Berat badan yang berlebihan boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi. Oleh itu, bagi sesiapa yang mempunyai berat badan yang berlebihan, kurangkan sekurangnya 5 kg.

2. Melakukan senaman harian.

Lakukan senaman setiap hari sekurag-kurangnya 30 minit sehari. Bersenam juga dapat membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.

3. Mengurangkan pengambilan garam.

Pastikan pengambilan garam kurang daripada 2.3 g sehari.  Garam yang berlebihan di dalam badan akan menyerap air dan menyebabkan penyakit tekanan darah tinggi terjadi. Kurangkan pengambilam kicap, telur masin , ikan masin , dan makanan-makanan lain yang tinggi dengan kandungan garam.

4.Tidak merokok.

Nikotin rokok dapat tingkatkan tekanan darah sehingga 10 mm Hg untuk setiap jam. Jadi, semakin banyak jam diluangkan untuk merokok, maka semakin cepatlah darah tinggi anda meningkat.

5. Mengurangkan tekanan stress.

Stress akan meningkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Jdi, kurangkan stress anda dengan membuat perkara yang menyeronokkan seperti melancong atau berenang.

6. Diet yang baik.

Diet yang baik bukan bermakna anda perlu makan banyak sayuran sahaja. Tetapi, anda juga perlu elakkan diri daripada makanan yang tidak sihat seperti ayam goreng, kentang goreng kerana kandungan kolestrol yang tinggi. Anda juga harus elakkan diri daripada minum yang mengandungi kafien dan alkohol. Juga amalkan makan banyak kali tetapi dalam portion yng kecil bukan makanan sekali tetapi dalam portion yang besar.

7.Selalu periksa tahap kesihatan.

Pergilah periksa tahap darah tinggi anda sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.




Penyakit darah tinggi amatlah berbahaya kepada kesihatan anda. Jadi, jangan pandang ringan kepada penyakit ini. Rawatlah dengan sebaik yang mungkin.

Sekian, terima kasih.

Comments

Popular Posts